Sabtu, 17 Julai 2010

Ceramah LDP - Peranan Guru Sebagai Guru Disiplin

Hari ini 17 Julai 2010, LDP ke-3 berlangsung dengan jayanya. Selalunya kalau bercakap di depan audian, biasanya bagi taklimat atau ucapan saja. Kalau depan budak2.. mengajar le apa lagi. Tapi kali ni nak cuba benda baru pulak... bagi ceramah. Sebenarnya saya letakkan target, boleh tak saya bagi ceramah selama 1 jam dengan bahan yang disediakan.. almaklum lah..tuan tubuh ni bukan pandai 'goreng'. Alhamdullillah.. target tercapai! Yang pasti..audian, begitu concentrate dengar ceramah yang disampaikan.. tak tau la pulak depa paham ke, tidak? Harap2 tu apa yang disampaikan dapat difahami dan dihayati oleh semua guru.

Harapan saya dengan ceramah yang disampaikan itu, para guru Kolej:

1. Tahu tentang diri mereka adalah juga guru disiplin.
2. Sentiasa bersama dalam menangani hal disiplin murid
3. Tahu hala tuju pembentukan disiplin, sahsiah pelajar Kolej.
4. Dalam diri para guru tercetus rasa ingin berusaha memastikan disiplin pelajar dipertingkatkan.
5. INGAT! Jangan bertindak mengikut EMOSI tetapi bertindak secara BIJAKSANA..


Kolej Sultan Abdul Hamid ke arah melahirkan pelajar berdisiplin, bersahsiah, berketrampilan serta memiliki jati diri yang mantap.

Scholar, Sportsman, Gentleman.

2 ulasan:

  1. 1. Ada sahabat..dia pun salah sorang penceramah juga, buat komen..ceramah I tak tepat masa maksudnya terlebih masa..Tapi dia lupa, penganjur yang start lambat dan satu lagi, lagi panjang I cakap lagi kurang dia kena cakap sebab slot dia lepas slot I...he.he.he!

    BalasPadam
  2. Salam Mohasrie,
    1. Tak puas hati nampak ...
    2. Walaupun penganjur start lambat, tak bermakna tuan ada hak 'merogoli' waktu penceramah lain. Kalau disahkan perbuatan tersebut, apakah bermakna penceramah lain boleh ambil masa tambahan. Kalau ini berlaku, tentu penceramah tersebut dimarahi oleh audien. Buta dia kena kerana kesalahan orang lain.
    3. Apa pun sahabat tuan pasti gembira & berbangga (tak dikutuk audien) kerana menamatkan ceramah tepat pada masa (x gila mike) - kata seorang sahabat lain a good time management.
    4. He3x ...

    BalasPadam