Jumaat, 23 Oktober 2009

Pembentukan Nilai Kepimpinan Pelajar - Pengawas KSAH 2010



































































Pada 21 hingga 23 Oktober 2009, telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas bertempat di Kem Kenari Nature Park, Yan, Kedah. Disertai seramai 37 bakal pengawas 2010. Selaku Penolong Kanan HEM, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus tersebut. Tanpa kerjasama dan usaha serta komintmen yang bersungguh-sungguh tentu sekali program ini tidak akan berjaya. Analisis sepintas lalu terhadap perkara -perkara yang membawa kepada kejayaan program tersebut antaranya:

1. Kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh Tuan Pengetua dan pengurusan Kolej

2. Adanya sumber kewangan yang membolehkan kursus diadakan di tempat yang dikenalpasti.
3. Komintmen dan kesungguhan guru yang terlibat sebelum program dan semasa program berlangsung.

4. Perancangan dan persiapan dibuat lebih awal.

5. Wujud kerjasama yang cukup baik di kalangan guru yang terlibat.

6. Kemudahan yang ada di kem memudahkan pelaksanaan semua aktiviti yang dirancangkan.

7. Kerjasama dan kesungguhan pelajar dalam melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dirancangkan. Semua aktiviti berjalan lancar.

Terima kasih saya kepada cikgu Ramzi, Sheridean, Abdul Hamid, Saifuzzaman, Md Zol, Azhar, Sy Syuib, Kak Rusni, Nur azira, Rusmaza, Marina, Ustaz Zul yang telah memberi sumbangan yang cukup bermakna. Tidak ketinggalan juga kepada semua rakan saya yang turut membantu secara tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Saya percaya tanpa rakan-rakan kursus ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Insyaallah, saya doakan semoga sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh rakan-rakan semua akan beroleh ganjaran, kalau tidak di dunia, akhirat juga akan beroleh kejayaan.

Saya percaya manusia hanya mampu merancang tetapi Allah s.w.t. juga yang menentukannya. Jadi jika ada sebarang kekurangan atau kesulitan sepanjang program berlangsung, saya memohon kemaafan. Harapan saya, kita akan terus bersama-sama memainkan peranan demi melahirkan pelajar Kolej yang berketrampilan sepertimana kita semua harapkan.

Sekian

'Scholar, Sportsman, Gentleman'

1 Kolej! 1 Kolej! 1 Kolej.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Terima Kasih dan Selamat Datang


Datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti, antara pepatah yang sering diungkapkan dalam situasi di mana apabila ketika berpisah atau hilang sesuatu yang berharga atau bermakna dalam hidup. Tetapi itu bukanlah bermakna hidup telah berakhir... Sebagai salah seorang warga Kolej saya mengucapkan tahniah kepada En Zakaria, En. Shikir William yang telah dinaikkan pangkat dan pada masa yang sama bertukar ke SMK Mergong. Semoga perubahan tempat bertugas dan dengan kedudukan yang lebih tinggi akan meningkatkan lagi semangat dan kualiti kerja.


Kepada En. Atan.. saya ucapkan selamat datang ke Kolej dan menjadi warga sekolah ini. Insyaalah kita akan terus bersama dalam tugas-tugas seharian khususnya berkaitan dengan hal-hal pejabat dan kewangan.


Foto di atas diambil ketika jamuan meraikan mereka di Sala Classic Restaurant.

Kluster Oh Kluster


Kolej Sultan Abdul Hamid telah dicalonkan bagi kategori Sekolah Kluster. Foto di atas adalah pasukan pemantau yang hadir dalam membuat penilaian terhadap sekolah ini. Semoga Kolej Sultan Abdul Hamid berjaya!

Jumaat, 9 Oktober 2009

Kluster Kecemerlangan .... suatu impian dan harapan


Foto ini diambil ketika rakan sejawat Cikgu Turin dan rakan-rakan 'think tank' sedang bertungkus lumus memerah otak, kudrat dalam usaha menyiapkan Profil Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai persediaan dokumentasi untuk tujuan penilaian sekolah kluster. Hanya yang terlibat sahaja yang tahu betapa perit dan penat dalam nak menyiapkan bahan tersebut. Harapan, semoga segala susah payah dan banyak masa telah dihabiskan untuk tujuan itu.. impian dan harapan agar KSAH mendapat status Sekolah Kluster Kecemerlangan akan tercapai. Insyaalah...


Jumaat, 2 Oktober 2009

Anak bongsuku Siti Sofia


Hai Sofia..


Anak sorang ni manja sikit, biasala kot, anak yang kecik sekali. So, bila jumpa kawan atau adik beradik yang sebaya atau lebih kecil dia suka sangat sebab ada kawan boleh bermain.


Foto ini diambil di rumah tok dia, bersama-sama dengan Izzah dan adiknya.

Salam Aidilfitri


Sempena aidilfitri saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin. Buat keluarga tersayang semoga ramadhan dan aidilfitri tahun ini membawa keberkatan dan segala amal ibadat kita akan diterima oleh Allah s.w.t. Insyaalah.


Foto ini diambil pada pagi hari raya pertama di ruang tamu rumah sebelum berkunjung dan menziarahi kedua-dua bonda dan ayahanda tersayang. Anakanda sekeluarga mendoakan ayah dan bonda sentiasa sihat dan beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat.


Selamat hari raya buat semua sahabat yang mengenali sama ada jauh atau dekat. Maaf zahir dan batin

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan Datang Lagi- Pesanan buat diri, isteri dan anak-anak tersayang


Pesan buat diri, isteri dan anak-anak:
1. Solat jangan tinggal dan tambahkan solat-solat sunat.
2. Banyakkan berdoa dan mohon keampunan.
3. Banyakkan bersedekah.
4. Tingkatkan amalan-amalan baik kepada diri, keluarga, dan masyarakat.
5. Buat anak, sentiasa dengar cakap ibu dan bapa.
Selamat berpuasa, semoga puasa kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Insyaalah.

Ramadham Al Mubarak 1430H

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengirimkan SMS berhubung dengan Ramadhan Al-Mubarak dan ucapan selamat berpuasa. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan, bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam, kerana di dalamnya terkandung seribu rahmat dan keberkatan. Insyallah semoga Ramadhan kali ini akan terus membawa hikmah dan memberi ganjaran kepada kita semua oleh Allah s.w.t.

Jangan lepaskan peluang untuk bersolat sunat tarawih. Semoga dilimpahkan ganjaran dan pahala kita atas amalan yang kita lakukan disepanjang bulan yang mulia ini.

Isnin, 17 Ogos 2009

MAKNA SETITIS DARAH




Tanggungjawab pelajar tidak hanya terbatas dalam menimba ilmu pengetahuan selain penglibatan aktif dalam kokurikulum. Sebenarnya masih ramai pelajar-pelajar kita yang memiliki sifat bertanggungjawab serta tolong-menolong di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, usia mahupun jantina. Program derma darah yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Dareah Kota Setar 2009 bertempat di Dewan Iskandar Kolej Sultan Abdul Hamid telah memberi gambaran tentang tangungjawab sosial yang juga disumbangkan oleh para pelajar Pra Universiti sekolah-sekolah menengah yang turun padang untuk sama-sama menderma darah demi membantu insan yang memerlukannya. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menyumbang semoga dengan setitis darah yang anda sumbangkan akan memberi sinar kehidupan kepada insan lain di dunia ini. Insyallah.

KERJA SATU IBADAT

Yang dikatakan guru atau pendidik ni sebenarnya bila bercakap pasal kerja memang tak pernah habis. Kalau di sekolah memanglah kena buat kerja, macam-macam.. kena rancang, kena arah, kena pantau, kena bincang, kena tulis, kena mesyuarat, dan macam-macam kena buat. Sampaikan kerja di sekolah pun balik buat kat rumah. Tapi kadang-kadang kita dok tengok ada yang macam tak dak kerja sahaja. Heran juga, sebab kita ni rasa macam tak cukup tangan nak buat kerja.

PENGAJARAN...kita jangan dok tengok orang sahaja dan dok rasa depa tak buat kerja. Sebenarnya masing-masing ada kerja dan semua orang sibuk buat kerja, cuma kita saja yang rasa orang tak buat kerja. Oleh itu, marilah kita sama-sama buat kerja yang kita kena buat supaya orang lain tak tengok kita macam tak dak dan tak buat kerja... "BEKERJA ITU SATU IBADAT"

Sabtu, 25 Julai 2009

harapan keluarga


Harapan keluarga, Muhammad Asyraaf satu-satunya anak lelaki yang juga merupakan anak sulung yang diharap dapat menjadi contoh baik kepada 3 adik perempuannya.
Harapan ayah dan emak....
Jadilah anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.

Harapan keluarga

Semoga anakanda berjaya dunia dan akhirat. Insyaalah.

Ahad, 12 Julai 2009

Ranking Badminton Terbaru KSAH

Seperti biasa. bila diatur friendly badminton.. perang psikologi, perang mulut, macam-macam perang lagi mula tercetus. Dok asyik bercakap pasal ranking.. siapa yang layak duduk ranking nombor 1, 2, 3 dan.... Nak dikatakan pandai main.. semua mengaku pandai main. Nak kata tak reti main, semua boleh main. Pening nak atur..Bila atur, biasa la yang puas hati, ada yang tak puas hati dan ada yang ... sapa-sapa pun tak pa la, janji main. Tapi bila tiba masa pertandingan lain jadinya. Yang dok pulun atur, sapa nak pair dengan sapa tak jadi.. last-last sapa mai dulu dia main. Macam tu la taip-tiap tahun.

Friendly badminton antara Staf Kolej dengan Staf SMK TAR, akhirnya berlangsung pada malam Sabtu (11/7/09) di MRC. Keputusannya amat membanggakan. Yang pasti Tean Kolej menang.. berapa game, tak pasti pasal, main tak ikut macam yang dirancang.

Daripada pemerhatian, penilaian, analisis dan pelunjuran yang dibuat berikut adalah Ranking Terbaru Team Badminton Kolej hasil daripada keputusan perlawanan tersebut.

Ranking 1 : Man Ghani - main sampai tiga game (6 set) menang semua.
Ranking 2 : Fairuz - menang 2 game ( dalam dok sakit bau tu..)
Ranking 3 : Sheridean - lambat mai tapi boleh menang 2 game
Ranking 4 : ....
Ranking 5 : ....
Ranking 6 : ....
Ranking 7 : ....
Ranking 8 : ....
Ranking 9 : ....
Ranking 10 : ....
Ranking 11 : Asri - dua game kalah teruk.
Ranking 12 : G - pasai tak turun main.

* Nota : Ranking 4 - 10 isi sendiri...


Perlawanan seterusnya akan menyusul...kepada yang dok kat bawah usaha lagi, yang dok kat atas. jaga2. Hidup Team Badminton Kolej.

Selasa, 16 Jun 2009

Nampak Turun Tapi Naik

Hidup ini umpama roda.. berputar dan terus berputar. Sorang sahabat, dulunya bertugas di sebuah sekolah tersohor, tapi kini bertugas di sebuah sekolah pedalaman. Nampak macam patah kebelakang tapi sebenarnya sahabat ini makin meningkat dari PK kepada Pengetua. Tahniah, semoga success. Sorang lagi sahabat, sebelum ni pegang jawatan pengurusan.. nampak macam ada kedudukan la, tapi kini dengarnya beliau jadi guru akademik pulak! di sekolah yang sama, nampak macam turun pulak.... Tapi apa pun tahniah juga kat sahabat saya ni sebagai sebab walaupun jadi guru akademik tapi sebenarnya dia juga naik pangkat... Tinggallah ku keseorangannnnn....

Selasa, 5 Mei 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum..., buat pertama kalinya, saya berinteraksi menggunakan blog. Alhamdullilah, berkat tunjuk ajar sahabat yag sentiasa mesra dengan ungkapan '... bini tak takut ke laki', maka dapat lah juga saya menambahkan sedikit ilmu berkait dengan blog. Thank U my friend. Hidup ini kalau takut nak mencuba atau nak berubah...susah la hidup. Tapi untuk berubah bukan satu yang mudah sebab ianya memerlukan kekuatan dalaman kerana dugaan sentiasa menggoda dan menyusahkan minda untuk membuat pertimbangan. Tapi bila berjaya berubah maka hanya diri sendiri yang memahami nikmat kepuasan itu.