Jumaat, 23 Oktober 2009

Pembentukan Nilai Kepimpinan Pelajar - Pengawas KSAH 2010



































































Pada 21 hingga 23 Oktober 2009, telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas bertempat di Kem Kenari Nature Park, Yan, Kedah. Disertai seramai 37 bakal pengawas 2010. Selaku Penolong Kanan HEM, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus tersebut. Tanpa kerjasama dan usaha serta komintmen yang bersungguh-sungguh tentu sekali program ini tidak akan berjaya. Analisis sepintas lalu terhadap perkara -perkara yang membawa kepada kejayaan program tersebut antaranya:

1. Kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh Tuan Pengetua dan pengurusan Kolej

2. Adanya sumber kewangan yang membolehkan kursus diadakan di tempat yang dikenalpasti.
3. Komintmen dan kesungguhan guru yang terlibat sebelum program dan semasa program berlangsung.

4. Perancangan dan persiapan dibuat lebih awal.

5. Wujud kerjasama yang cukup baik di kalangan guru yang terlibat.

6. Kemudahan yang ada di kem memudahkan pelaksanaan semua aktiviti yang dirancangkan.

7. Kerjasama dan kesungguhan pelajar dalam melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dirancangkan. Semua aktiviti berjalan lancar.

Terima kasih saya kepada cikgu Ramzi, Sheridean, Abdul Hamid, Saifuzzaman, Md Zol, Azhar, Sy Syuib, Kak Rusni, Nur azira, Rusmaza, Marina, Ustaz Zul yang telah memberi sumbangan yang cukup bermakna. Tidak ketinggalan juga kepada semua rakan saya yang turut membantu secara tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Saya percaya tanpa rakan-rakan kursus ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Insyaallah, saya doakan semoga sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh rakan-rakan semua akan beroleh ganjaran, kalau tidak di dunia, akhirat juga akan beroleh kejayaan.

Saya percaya manusia hanya mampu merancang tetapi Allah s.w.t. juga yang menentukannya. Jadi jika ada sebarang kekurangan atau kesulitan sepanjang program berlangsung, saya memohon kemaafan. Harapan saya, kita akan terus bersama-sama memainkan peranan demi melahirkan pelajar Kolej yang berketrampilan sepertimana kita semua harapkan.

Sekian

'Scholar, Sportsman, Gentleman'

1 Kolej! 1 Kolej! 1 Kolej.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Terima Kasih dan Selamat Datang


Datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti, antara pepatah yang sering diungkapkan dalam situasi di mana apabila ketika berpisah atau hilang sesuatu yang berharga atau bermakna dalam hidup. Tetapi itu bukanlah bermakna hidup telah berakhir... Sebagai salah seorang warga Kolej saya mengucapkan tahniah kepada En Zakaria, En. Shikir William yang telah dinaikkan pangkat dan pada masa yang sama bertukar ke SMK Mergong. Semoga perubahan tempat bertugas dan dengan kedudukan yang lebih tinggi akan meningkatkan lagi semangat dan kualiti kerja.


Kepada En. Atan.. saya ucapkan selamat datang ke Kolej dan menjadi warga sekolah ini. Insyaalah kita akan terus bersama dalam tugas-tugas seharian khususnya berkaitan dengan hal-hal pejabat dan kewangan.


Foto di atas diambil ketika jamuan meraikan mereka di Sala Classic Restaurant.

Kluster Oh Kluster


Kolej Sultan Abdul Hamid telah dicalonkan bagi kategori Sekolah Kluster. Foto di atas adalah pasukan pemantau yang hadir dalam membuat penilaian terhadap sekolah ini. Semoga Kolej Sultan Abdul Hamid berjaya!

Jumaat, 9 Oktober 2009

Kluster Kecemerlangan .... suatu impian dan harapan


Foto ini diambil ketika rakan sejawat Cikgu Turin dan rakan-rakan 'think tank' sedang bertungkus lumus memerah otak, kudrat dalam usaha menyiapkan Profil Kolej Sultan Abdul Hamid sebagai persediaan dokumentasi untuk tujuan penilaian sekolah kluster. Hanya yang terlibat sahaja yang tahu betapa perit dan penat dalam nak menyiapkan bahan tersebut. Harapan, semoga segala susah payah dan banyak masa telah dihabiskan untuk tujuan itu.. impian dan harapan agar KSAH mendapat status Sekolah Kluster Kecemerlangan akan tercapai. Insyaalah...


Jumaat, 2 Oktober 2009

Anak bongsuku Siti Sofia


Hai Sofia..


Anak sorang ni manja sikit, biasala kot, anak yang kecik sekali. So, bila jumpa kawan atau adik beradik yang sebaya atau lebih kecil dia suka sangat sebab ada kawan boleh bermain.


Foto ini diambil di rumah tok dia, bersama-sama dengan Izzah dan adiknya.

Salam Aidilfitri


Sempena aidilfitri saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin. Buat keluarga tersayang semoga ramadhan dan aidilfitri tahun ini membawa keberkatan dan segala amal ibadat kita akan diterima oleh Allah s.w.t. Insyaalah.


Foto ini diambil pada pagi hari raya pertama di ruang tamu rumah sebelum berkunjung dan menziarahi kedua-dua bonda dan ayahanda tersayang. Anakanda sekeluarga mendoakan ayah dan bonda sentiasa sihat dan beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat.


Selamat hari raya buat semua sahabat yang mengenali sama ada jauh atau dekat. Maaf zahir dan batin