Khamis, 29 Julai 2010
Kursus Membina BLOG
Akhirnya berjaya juga terlaksana hasrat Panitia Geografi untuk mengadakan Kursus Membina Blog pada hari ni 29 Julai 2010 jam 2.30 ptg di Makmal Komputer baru. Intruktor kursus ini tak lain tak bukan.. Tn Hj Fauzi, punya semangat nak bagi peserta yang seramai 11 orang faham.tak tau la faham ke tak! Yang pasti peserta berjaya menghasilkan blog masing-masing. Harap ahli panitia Geografi dapat menghasilkan blog panitia dan ahli dapat bersama-sama memanfaatkan blog ini untuk kegunaan pelajar.
Sabtu, 17 Julai 2010
Ceramah LDP - Peranan Guru Sebagai Guru Disiplin
Hari ini 17 Julai 2010, LDP ke-3 berlangsung dengan jayanya. Selalunya kalau bercakap di depan audian, biasanya bagi taklimat atau ucapan saja. Kalau depan budak2.. mengajar le apa lagi. Tapi kali ni nak cuba benda baru pulak... bagi ceramah. Sebenarnya saya letakkan target, boleh tak saya bagi ceramah selama 1 jam dengan bahan yang disediakan.. almaklum lah..tuan tubuh ni bukan pandai 'goreng'. Alhamdullillah.. target tercapai! Yang pasti..audian, begitu concentrate dengar ceramah yang disampaikan.. tak tau la pulak depa paham ke, tidak? Harap2 tu apa yang disampaikan dapat difahami dan dihayati oleh semua guru.
Harapan saya dengan ceramah yang disampaikan itu, para guru Kolej:
1. Tahu tentang diri mereka adalah juga guru disiplin.
2. Sentiasa bersama dalam menangani hal disiplin murid
3. Tahu hala tuju pembentukan disiplin, sahsiah pelajar Kolej.
4. Dalam diri para guru tercetus rasa ingin berusaha memastikan disiplin pelajar dipertingkatkan.
5. INGAT! Jangan bertindak mengikut EMOSI tetapi bertindak secara BIJAKSANA..
Kolej Sultan Abdul Hamid ke arah melahirkan pelajar berdisiplin, bersahsiah, berketrampilan serta memiliki jati diri yang mantap.
Scholar, Sportsman, Gentleman.

Langgan:
Catatan (Atom)