










Pada 21 hingga 23 Oktober 2009, telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas bertempat di Kem Kenari Nature Park, Yan, Kedah. Disertai seramai 37 bakal pengawas 2010. Selaku Penolong Kanan HEM, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus tersebut. Tanpa kerjasama dan usaha serta komintmen yang bersungguh-sungguh tentu sekali program ini tidak akan berjaya. Analisis sepintas lalu terhadap perkara -perkara yang membawa kepada kejayaan program tersebut antaranya:
1. Kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh Tuan Pengetua dan pengurusan Kolej
2. Adanya sumber kewangan yang membolehkan kursus diadakan di tempat yang dikenalpasti.
3. Komintmen dan kesungguhan guru yang terlibat sebelum program dan semasa program berlangsung.
4. Perancangan dan persiapan dibuat lebih awal.
5. Wujud kerjasama yang cukup baik di kalangan guru yang terlibat.
6. Kemudahan yang ada di kem memudahkan pelaksanaan semua aktiviti yang dirancangkan.
7. Kerjasama dan kesungguhan pelajar dalam melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dirancangkan. Semua aktiviti berjalan lancar.
Terima kasih saya kepada cikgu Ramzi, Sheridean, Abdul Hamid, Saifuzzaman, Md Zol, Azhar, Sy Syuib, Kak Rusni, Nur azira, Rusmaza, Marina, Ustaz Zul yang telah memberi sumbangan yang cukup bermakna. Tidak ketinggalan juga kepada semua rakan saya yang turut membantu secara tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Saya percaya tanpa rakan-rakan kursus ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.
Insyaallah, saya doakan semoga sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh rakan-rakan semua akan beroleh ganjaran, kalau tidak di dunia, akhirat juga akan beroleh kejayaan.
Saya percaya manusia hanya mampu merancang tetapi Allah s.w.t. juga yang menentukannya. Jadi jika ada sebarang kekurangan atau kesulitan sepanjang program berlangsung, saya memohon kemaafan. Harapan saya, kita akan terus bersama-sama memainkan peranan demi melahirkan pelajar Kolej yang berketrampilan sepertimana kita semua harapkan.
Sekian
'Scholar, Sportsman, Gentleman'
1 Kolej! 1 Kolej! 1 Kolej.
betul betul betul
BalasPadamseperti upin& ipin