Tanggungjawab pelajar tidak hanya terbatas dalam menimba ilmu pengetahuan selain penglibatan aktif dalam kokurikulum. Sebenarnya masih ramai pelajar-pelajar kita yang memiliki sifat bertanggungjawab serta tolong-menolong di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, usia mahupun jantina. Program derma darah yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Dareah Kota Setar 2009 bertempat di Dewan Iskandar Kolej Sultan Abdul Hamid telah memberi gambaran tentang tangungjawab sosial yang juga disumbangkan oleh para pelajar Pra Universiti sekolah-sekolah menengah yang turun padang untuk sama-sama menderma darah demi membantu insan yang memerlukannya. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menyumbang semoga dengan setitis darah yang anda sumbangkan akan memberi sinar kehidupan kepada insan lain di dunia ini. Insyallah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan